Thursday 12 April 2012

PROJEK AKHIR TEKNOLOGI PENGAJARAN


    Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Tahun 2

TEMA
KEBUDAYAAN
TAJUK
Budaya Kita


FOKUS UTAMA
Standard Kandungan
1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan  yang jelas dan intonasi yang betul.

Standard Pembelajaran
1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat majmuk.

OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran, murid dapat :
  1. Mendengar dari bahan untuk menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran bahasa.
  2. Menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul dansecara bertatasusila tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal.
PENGISIAN
Ilmu : Budaya Masyarakat Malaysia
Nilai : Rajin, Keyakinan diri, kerjasama
KBT: Kecerdasan pelbagai,
Kontektual
EMK : Kreatif dan inovasi
SISTEM BAHASA
Tatabahasa : Kata nama, kata kerja
Kosa kata : Koci, lempeng, keria, baulu, tepung pelita, kuih lapis, apam
MEDIA
Kad perkataan, kad gambar
                                                      


STRATEGI  PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI
PENGISIAN KURIKULUM
CATATAN
Langkah 1

1.  Guru memaparkan dan memperdengarkan kepada murid video dokumentari tentang kuih muih tradisional

2.  Murid diberi peluang untuk mendengar, memerhati dan memahami dialog perbualan dalam video dokumentari.

3.  Guru bersoal jawab tentang  video tersebut dan kaitannya dengan kuih tradisional.

Contoh soalan :
i.    Apakah nama kuih tradisional itu?
ii.   Apakah bahan yang digunakan untuk membuat kuih tersebut?
iii. Bagaimana cara membuatnya?





Ilmu : Sains
Nilai : menghargai
EMK: Kreativiti dan Inovasi
(Fasa Persediaan)



Media : tayangan video
Langkah 2
1.  Guru memperdengarkan lagu ‘Kuih Oh Kuih’
2.  Guru meminta murid menyebutkan nama-nama kuih yang disebutkan dalam seni kata lagu tersebut sambil mempamerkan kad gambar kuih tersebut.
3.  Guru mencatatkan nama-nama yang telah disebutkan oleh murid dan membimbing murid menyatakan cara kuih dimasak sama ada digoreng, rebus, bakar atau kukus.


Ilmu: Pendidikan Muzik
Nilai: rajin
EMK: Kreativiti dan Inovasi
(FasaImaginasi)


Lampiran 1
Latihan cara kuih dimasak
Langkah 3
1.  Guru membimbing murid membaca seni kata lagu yang dipaparkan.
2.  Murid membaca seni kata lagu secara individu dan kumpulan dengan sebutan yang betul.
3.  Murid dibimbing menyanyikan lagu ‘kuihTradisional’ berpandukan seni kata lagu yang dipaparkan.
4.  Murid diminta membaca secara bergilir-gilir nama-nama kuih yang telah dicatat dengan sebutan yang betul dan mengkategorikannya dalam kumpulan kuih manis atau pedas.


Ilmu : Kajian Tempatan
Nilai : Menghargai
KBT: Kreativiti dan Inovasi
(Fasa Tindakan)

Langkah 4
1.  Murid membaca semula nama-nama kuih dalam seni kata lagu yang dipaparkan oleh guru.
2.  Murid dalam kumpulan kecil berbincang dan memikirkan cara mengubahsuai rasa atau bentuk kuih mengikut kreativiti mereka.
3.  Murid membentangkan hasil kerja kumpulan mereka.

Ilmu : Kajian Tempatan
Nilai : Keyakinan diri
EMK : Kreativiti dan Inovasi (Frasa Tindakan)

Pentaksiran
1.  Murid membaca dialog yang disediakan dengan sebutan dan intonasi  yang  betul.
2.  Murid menjawab beberapa soalan pemahaman berdasarkan dialog yang telah dibaca.



Ilmu : Kajian Tempatan
Nilai : keyakinan diri
KB: menjana  idea
KBT: BCB



Pemulihan
1.  Guru membimbing murid membaca nama-nama kuih

Ilmu : Kajian Tempatan
Nilai : Rajin
KBT : BCB

Pengayaan

1.  Murid membaca frasa-frasa yang terdapat dalam lembaran kerja  yang diberi.
2.  Murid mengkategorikan cara-cara kuih dimasak mengikut jenis.


Ilmu : Kajian Tempatan
Nilai : berdikari
KBT : BCB
KB- Menjana idea





REFLEKSI
HAMIZAH BINTI ABD RAZAK
840705-1-5134

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah segala pujian kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah kami bersama kumpulan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah kami iaitu Puan Mimma Sayuti binti Mat Khalid yang memberikan pendedahan tentang teknologi pengajaran secara amali. Dengan pendedahan ini sedikit sebanyak dapat memberikan input untuk diaplikasikan dalam menyiapkan dan mempersembahkan hasil tugasan pada masa akan datang.
Menyorot peristiwa sejak kami mendapat tugasan ini, hati saya begitu berat untuk mencari bahan kerana selama ini saya agak jarang menggunakan aplikasi internet kerana terdapat kekangan dari segi tiadanya kemudahan internet dan laptop yang rosak. Saya menghadapi masalah untuk mengaplikasikan bahan yang ada dalam media yang dipilih untuk tugasan kami kerana saya tidak begitu cekap dalam menggunakan aplikasi ini.
Harapan saya dengan pendedahan daripada pensyarah serta  sokongan daripada raka-rakan saya akan mengaplikasikan teknologi pengajaran yang saya pelajari apabila saya ditempatkan ke sekolah nanti.